Sunday, 31 July 2011

Bebelan Panjang Selepas Ketiadaan Maid!


Rasanya semua dah tahu yang sejak 4 bulan lepas, aku memang maidless, after Nor balik kampung, dan maid yang ganti lari 9 hari lepas Nor balik, then adalah dapat 2 maid baru yang memang tak bagus dan takleh buat kerja, so hantar  balik pada agen. Sejak 4 bulan lepas, so many things happened in our life, boleh dikatakan totally change sebab sebagai suri rumah + business woman, its not easy to handle and its a challenge. Kenapa aku cakap suri rumah? Yerlah, aku kan tak htr my Q's to nursery, aku jaga sendiri at home, at the same time aku masih buat bisnes whereby I need to go to the office every weekend for my Playgroup classess. Memang situasi ini sangat tough di permulaannya, but getting better over time. Lucky me sebab ada mak yg boleh bantu untuk tengok my kids during weekends time aku ke ofis. 

Sekarang nih, hidup aku macam ala-ala nomad zaman moden lah kekdahnya. :) Berulang alik dari rumah ke pejabat dan kemudian ke rumah kakak di Kajang setiap minggu. Dan aku rasa situasi ini dapat menjawab mengapa blog ini seakan-akan sepi tanpa berita. Memang aku jarang sungguh dapat update blog lately kerana hari biasa, aku sibuk menguruskan anak (yer, saya sungguh respek dengan suri rumah kerana ianya kerja tanpa henti 24 jam!) dan program Playgroup yang mungkin akan dibukukan dan dijual kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga Genius Baby On Board, dan hujung minggu pula, Sabtu & Ahad, kelas Playgroup aku penuh. Memang masa 24 jam itu tidak pernah cukup untuk aku melakukan semuanya walau bagaimana baik pun aku cuba menguruskannya. :( Kerana itu, aku terpaksa korbankan blog ini buat sementara waktu kerana keluarga & Playgroup memerlukan aku lebih dari blog di saat ini. :) Jika ada masa terluang dan berkesempatan, aku akan update this blog dan berkongsi dengan semua as usual.Sekarang tengah belajar2 hapdet blog tru Ipad, masih terkial2 tapi harap2 akan biasa tidak lama lagi, tak banyak sikitt, bolehlah hapdet blog juga time-time menenen Zayra kan? Hehehe...

Insya Allah, selepas raya, after maid sampai, this situation akan reda sedikit. Seriously, aku akan merindui situasi sebegini kerana dah terbiasa. Orang kata, alah bisa tegal biasa kan? Aku seharusnya bersyukur dan melihat secara positif kerana hidup tanpa maid menyebabkan aku lebih memahami tingkah laku kedua-dua anakku dengan lebih mendalam, setiap saat dengan mereka menyebabkan aku  belajar banyak perkara. Ada banyak hikmah yang aku lihat dalam tenpoh 4 bulan ini. Mula2 dulu, susah betul Qarissa nak accept yg ayahnya pergi kerja. Dia macam ketakutan mungkin sebab ketiadaan Nor yang pada dia pergi secara tiba2, jadi Qarissa macam takut yang Daddy akan tinggalkan dia. Dia punya mengamuk Ya Allah... Tuhan jer tahu apa rasanya hati aku ni tengok! Dari terkejut, marah, kesian, sedih, sudahnya sampai dah takder perasaan! Sampai satu tahap, aku hanya tengok dan kata, "Ok.. she will stop crying 1 hour from now!". Serius memang tough, but alhamdulillah, I managed to go through it. Now Q & Zayra dah faham bila aku kata "Daddy work, Mommy ada to take care of you", atau "Mommy & Daddy work, Nenek will take care of you".  Both Q's understand dan tak lah menangis macam dulu lagi. Walaupun ada sedikit rasa risau, sebab umah akak aku tuh besar tak hengat, dan selain Q's , my mum tolong tengok2kan juga anak kakak aku yang kecil. Danisha &  Dayyan, tapi alhamdullillah, so far so good. :) 

We can't win everytime kan, so the saddest part in me is that, both of my Q's jarang dapat datang my Playgroup class coz nobody can help me take care of them while I'm teaching. Kalau sebelum ni Nor jaga di bantu oleh hubby, sekarang cuma ada hubby sorang, dan both Q's sangat manja dengan Daddy. Adik dah pandai jeles dan nampak Daddy pujuk kakak, dia pun nak ngendeng sama, and my hubby terkenal dengan sifat lemah lembut dengan anak, sometimes memang he dont know how to control the situation if both Q's cries atau need attention at the same time. Hahahah.. selalunya hubby kena kerja  on weekends, so memang anak2 tak dapat join sama. How ironic is that? Mak buat Playgroup so that anak boleh happy main sesama ngan kawan, tapi sudahnya, anak duduk umah nenek! Hu hu .. Sepanjang 4 bulan nih, dapatlah my Q's join 3-4 kali jer kot, bila hubby cuti. Tu pun tak bawak dua-dua, bawak salah satu, sebab pernah bawak both, then kakak mengamuk nak Mommy while Mommy was teaching, adik ngah tidur kat dada daddy, kakaknya mengamuk sakan! Pening Mommy & Daddy..:)

Tapi aku still look at the positive side, kat umah my sis ada anak-anak dia dan adik aku. Dalam 6 orang termasuk my Q's. So they can spend time & play together. Ia membuatkan my Q's sangat rapat dengan sepupu dia yang sebelum nih hanya dapat jumpa seminggu atau 2 minggu sekali, itu pun tak lama. Both Q's dah kenal dan pandai sebut nama Pak Tam, Kak Dania, Abang Danish, Caca, Dayyan, Atok, Nenek, Mak Long & Pak Long. Uncle Tom, Aunty Nana pun dorang dah pandai sebut dan tahu they're family. I'm happy with that. :) Dan setiap hujung minggu bersama keluarga dan anak-anak kakak, melalui pemerhatian aku dan keluarga, aku dapat lihat tingkah laku Qarissa agak berbeza dari sepupu-sepupu dia. In terms of speech & behaviour. She's a late talker walaupun she can read at very early age, I noticed that before, cuma tak lah begitu ketara, maybe sebab Q  anak sulung, so we thought its ok, tambahan lagi memang Q punya gen banyak ikut Daddynya. Dari muka sampailah perangai, lebih kurang jer. Daddynya pendiam dan hanya cakap bila perlu berbanding Mommy yang becok, so memang ketara Q ikut Daddy. Hehehe. 

Tapi, apabila Zayra yang berumur setahun sudah pandai "bercakap", dan bukan setakat bercakap malah membebel dengan jelas, aku sebagai ibu dah mula worried dengan perkembangan Qarissa yang "kurang bercakap". Sememangnya bila dah ada 2 anak yang umurnya tak jauh beza, ia sangat membantu untuk para ibu bapa membandingkan perkembangan fizikal dan mental anak-anak, its easy for us to make comparison, so that we can alert anything unusual more faster. As for Q, aku perasan yang Q hanya akan cakap bila perlu dan bila dia nak sesuatu, maksudnya, Q tak berborak atau bertanya soalan macam kanak-kanak sebaya lain yang aku tgk kemain becok borak ngan mak dorang. :) Bila aku berborak dengan parents lain yg aku jumpa, ramai juga yg kata no worries, Q baru masuk 3 tahun, eventually, bila tiba masanya, anak kita akan bercakap non stop! Anak mereka ada juga yang begitu but later on, they start to talk. Ada juga yang kata baguslah, cakap bila perlu jer, nampak Q pun macam good toddler, tak banyak kerenah dan pandai bawak diri , but for me, of course aku nak ada conversation yang lebih panjang, apatah lagi bila tengok Zayra yang kuat membebel. :)

As for my sis, bila dia bersama Qarissa @ home, katanya Q seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Dia tak peduli sangat dengan orang sekeliling kerana sibuk "berlakon" apa yang dilihatnya di dalam VCD terutamanya Charlie & Lola.Semua watak dia nak pegang! Yes, Charlie & Lola is very good, melaluinya kerja memberus gigi Qarissa menjadi sangat mudah dan Q pun suka pakai seat belt bila naik kereta, tetapi apabila dia asyik bermain dengan "imaginary friends" nya, ia sesuatu yang perlu diberi perhatian. Bagi orang yang tidak melihat Charlie & Lola, memang tak paham apa yang dilakukan Q, tapi as for me yang menonton bersama, aku tahu itu adalah lakonan semula Q tentang apa yang dilihatnya di VCD. My sister agak risau dan minta aku diagnose Qarissa, kerana menurut my sis, melalui pembacaannya, ciri-ciri Autism ada pada Qarissa. Sebenarnya, aku pernah baca mengenai simptom-simptom Autism masa Q berusia 2 tahun setengah, dan pernah terfikir juga yang Q mungkin Autism (terutama apabila dia tantrum dan suka main sorang-sorang), tapi apabila kebanyakan simptomnya tidak ada, aku mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat beberapa bulan lagi. Bila adik aku cadangkan begitu, aku rasa ia idea yang baik, kerana lebih awal diagnosis dilakukan, lebih cepat aku dapat membantunya. Mula-mula my sis risau takut aku kecik hati bila dia suruh diagnose, but as for me, I look at it in a positive way, sejak kehadiran Zayra, aku sememangnya selalu berfikiran postif. My aim is how to help my children to be better in whatever way they do, so if Q really need helps, then I definitely will help her. 

Alhamdulillah, diagnosis dah pun dilakukan and its not Autism. Doktor kata in terms of fizikal dan mental, Q sama seperti rakan sebaya. Cuma dari segi speech dan behaviour sahaja, Q perlukan bantuan. Ada beberapa simptom ASD - Autistic Symptom Disorder pada Q especially on behaviour, so Doktor said its good that I noticed it early so that we can help her dari awal. :) See, its great to be positive kan? Aku sangat bersyukur sebab aku ajar Q dari awal, so she can read early, aku tak dapat bayangkan macam mana agaknya Q kalau aku tak belajar sambil bermain dengannya dari bayi, mungkin outcomenya tidak seperti sekarang. Dengan segala apa yang aku lakukan selama 3 tahun ini, Q masih perlukan bantuan dari segi speech dan behaviour, apatah lagi jika aku tak buat apa-apa 3 tahun lepas kan? Thats why ECE is very important. Doktor suruh buat 3 perkara - ujian Audiologi - takut Q tak bercakap sebab dia tak dengar, Occupational Therapy dan Speech Therapy. Ujian Audiologi sudah pun dilakukan, alhamdulillah pendengaran Q normal. Sekarang, kami sedang buat Occupational Therapy dan time puasa nanti, Speech Therapy. Happy juga sebab melalui terapi-terapi yang akan dibuat ini, banyak perkara yang aku akan belajar dan sudah semestinya aku akan berkongsi dengan para ibu bapa di sessi Playgroup dan juga di blog, Insya Allah. Another great things to share here. :)

Setakat ni, dah 2 kali aku pergi Occupational Therapy @ PPUM. More on borak-borak dengan Therapist, tapi banyak yang aku belajar. Dan percaya atau tidak, within 2 weeks selepas perjumpaan kali pertama, banyak juga perkembangan positif yang aku dapat lihat pada Qarissa in terms of behaviour and speech. In fact, Therapist dia pun puji dan kata Q is an inttellegent & smart girl, its good that we can help her early on her speech & behaviour dan dia siap puji aku yang I really did my job to make sure apa yang dia cakap masa perjumpaan kali pertama tu dilakukan, padahal dia borak-borak tanpa nota. Hehehe..mestilah, nak tolong anak kenalah buat, baru nampak hasil kan? Perjumpaan kali kedua last Monday, so baru lah dapat nota on what to do on daily basis. Insya Allah, kalau berkesempatan, nanti aku sharekan perkongsian dan ilmu yang aku dapat di sana. The best part is, apa yang aku belajar dan ilmu yang aku dapat di sessi Terapi, turut aku amalkan pada Zayra. Double benefits orang kata. Apa yang diajar tuh sememangnya bagus diamalkan pada anak-anak yg tiada masalah speech & behaviour juga, it helps to enhance their brain development. :) 

So, sekarang, kerja makin bertambah but I'm happy with it. Takmo cakap pasal penat sebab aku rasa semua ibu pun penat nak besarkan anak-anak. Sepenat mana pun aku, aku rasa ia tak sepenat mak aku membesarkan kami 7 beradik yang jarak umurnya dekat-dekat dalam keadaan yang serba serbi sederhana. I can never challenge that. Not even close! So, kalau sangat penat, aku rehat dan main ngan anak jer lah, tgk keletah dorang, aku jadi relax sikit, dan kalau anak2 notty sgt, cakap takmo dengar, memang kena rotan jawapnya selepas 3 kali warning. :) (lawak jer si Q aku bila aku bg warning cukup 3 kali, Q tak buat dah perangai notty dia ...paham plak si kenit tu). Hahahha..

Sememangnya banyak perkara positif yang berlaku selepas ketiadaan maid ni. Its not that bad if takder maid kalau kita pandai bahagikan masa dan "smart" in doing our job. Dan perkara paling penting yang aku belajar, positive minds always give us strength to do whatever we think we can't do. Great things come with positive mind thinking. As parents, kita kena amik peduli tentang setiap inci perkembangan anak kita. Kalau kita lihat ada sesuatu yang berbeza antara anak kita dengan anak orang lain, lakukan sesuatu. Dari segi bahaviour dan speech nih, memang agak sukar kita tentukan anak kita ditahap mana, sebab ia kelihatan normal sahaja pada kita, dan mungkin pada orang luar juga. Kalau kanak-kanak yang sejak lahir memang nampak perbezaannya dari segi fizikal dan mental, ia mungkin lebih mudah untuk kita lihat, tapi kalau lahir normal dan apabila membesar, ada sesuatu yang mungkin sedikit berbeza atau banyak berbeza antara rakan-rakan sebaya, ia mungkin agak sukar untuk di kesan awal. Mungkin juga tidak mudah bagi sesetengah ibu bapa untuk menerima hakikat dan perbezaan tersebut dan membiarkannya sehingga terlambat kerana takut menghadapi kebenaran dan kenyataan. Sayang sekali apabila itu berlaku kerana kita kena ingat, semakin awal kita dapat kesan, semakin  mudah untuk kita bantu anak kita. Semakin lama kita biarkan anak kita mengikut arus masa, semakin sukar untuk kita membantu mereka apabila mereka besar nanti. Mungkin ramai yang kata, "Nanti dah sekolah, her speech & behaviour akan berubah lah .. dah jumpa ramai kawan kan ..". Yer, memang betul. Tapi alangkah baiknya kalau kita sendiri belajar mengubahnya dari rumah? Remember, we're the best Teacher for our own children ..:) Kerja guru akan lebih mudah jika kita turut sama membantu mereka, malah hubungan kita dengan anak akan lebih akrab dan rapat. :)  And, tak keterlaluan kalau aku katakan, itulah tanggungjawab dan amanah yang harus kita pikul sebagai seorang Ibu & Bapa - betul tak? :) Aku berdoa semoga dengan kehadiran maid nanti, akan memudahkan kerja-kerja rumah dan anak-anak tidak selalu bergantung harap pada maid sahaja, kerana aku masih ingin melakukan segala yang boleh aku lakukan bersama mereka. :) Mandikan, pakaikan baju, cuci berak, sapu lotion dan sebagainya ..Its a good moment we shared together ..) Insya Allah..Ya Allah, mudahlah perjalanan aku dan suamiku untuk memelihara, membesarkan dan mendidik amanahMu ini dengan penuh kasih sayang dan cinta. Amin..

post signature
post signature

TTFC Charity Bazaar Bestttt!

(Entry tertangguh sebab bz giler nak upload..hehehe)

Saya baru sampai di rumah setelah seharian meninggalkan anak-anak di rumah kakak untuk dijaga ibu. Pagi- pagi lagi hujan dah turun dengan lebat di bumi KL menyebabkan segalanya agak terlambat. Walaupun bertolak pukul 7 pagi, saya hanya dapat sampai ke KLCC pukul 9.15 am. Nasib baik ramai juga vendor yang terlambat membuka booth, so taklah rasa pelik sgt. Hehehe..

Alhamdulillah, sambutan kali ini sangat baik dan matlamat saya tercapai. Kalau dulu, niat saya menyertai Charity Bazaar ini adalah untuk memperkenalkan GBOB kepada masyarakat, staff Petronas terutamanya, dan ternyata ia tercapai, kali ini pula, my intention is to make some sales dan memperkenalkan Playgroup GBOB kepada mereka. Alhamdulillah, sekali lagi ia berjaya mencapai sasarannya. Personal thanks to Roe, the organiser yang sangat baik dan membantu team kami di saat-saat akhir kerana masalah teknikal yang berlaku akibat kesilapan pihak kami. We really appreciate that. Thanks a alot darl!!

Kali ini, nampaknya GBOB sudah ramai yang kenal, alhamdulillah, malah ada beberapa staff dan vendor yang menyebut tentang cerita "Bayi Genius" @ Harian Metro bila tengok muka saya. Adushhhh! Serius saya segan tau! Mereka masih ingat rupanya. Tajuk tuh macam gempak sangat jer saya rasa, padahal, semua bayi pun genius kan..anak saya sama jer macam anak anda semua, ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing. Apa yang berbeza is how we handle them dan apa PELUANG yang kita berikan pada anak. Saya sgt seronok bila menerima info dari parents on how happy and proud they are bila anak mereka menunjukkan kegeniusan masing-masing selepas mengamalkan apa yang saya advise di blog, atau ketika seminar dan Playgroup. Tahniah Mommy semua, anda sememangnya yang terbaik dan mampu membuktikan semua bayi adalah genius!

Saya lihat kali ini aturcaranya lebih teratur, tersusun dan keseluruhannya sangat baik, tahniah pada organiser. Yang best tu, semua vendor dapat voucher makanan dan minuman. Memang terasa dihargai sebab bila dah ada kat bawah tuh, agak susah nak cari makanan, bila dapat kupon tuh, rasa senang hati giler, tak yah sibuk nak naik atas dan beli food lagi. Maybe they learned from previous experience kot, vendor agak susah nak cari food for lunch. Good effort kan?

Kali ni juga saya rasa sangat happy sebab boleh dikatakan hampir kesemua rakan, senior dan boss time saya praktikal kat Petronas dulu saya jumpa balik. Kenangan saya melakukan praktikal selama 5 bulan di Petronas 10 tahun lepas takkan saya lupakan. Semua singgah booth saya dan berborak-borak. Muka semua masih sama, saya masih kenal cuma nampak kematangannya, yerlah dah 10 tahun berlalu kan. Terharu saya, mereka masih ingat saya lagi, walaupun saya cuma 5 bulan di sana. Mungkin sebab saya aktif dan sempat menyanyi di salah satu Konvensyen ICT yang mereka adakan, jadi memang dorang ingat saya sangat. Hhahhaha..siap panggil Ziana Zain hokayyyyy...tak leh lupa experience tuh .. Takleh beli ngan wang ringgit .. Saya sangat menghargai pengalaman itu..tak dapat kerja Petronas, dapat praktikal pun jadilah...how I wish I dapat kerja with Petronas...tapi susah sebab saya bukan from UTP, bukan scholar dorang dan background IT, they outsource the IT department.. So memang susah sket nak dapat time tu...tapi oklah dapat praktikal..merasalah gak kerja wth all the profesional team ...hheheh..

Overall, memang our team puas hati, ahamdulillah..dan Insya Allah, ada rezeki, kita akan berjumpa lagi...tahniah sekali lagi pada Organiser dan tahniah juga pada our team yang berjaya mencapai matlamat masing-masing. Happy to work with uolsss....

P/s : Bersiap sedia untuk kelas Playgroup esok...Jangan takder suara sudaaaaaa...huhuhu...

Wednesday, 27 July 2011

2nd Charity Bazaar @TTFC Jumaat ini!

Alhamdullilah, menjelang Ramadhan ini, pihak GBOB dijemput sekali lagi untuk memeriahkan Charity Bazaar buat kali kedua. Saya menerima panggilan dari Ro, staff Petronas yg sebelum ini berurusan dengan saya semasa Charity Bazaar yg pertama, di mana beliau menjemput saya sekali lagi untuk bersama-sama memeriahkan acara ini. Tambah terharu kerana menurut Ro, ada staff Petronas yang bertanya kepada organizer samada pihak GBOB menyertai Bazaar kali ini atau tidak. Terima kasih kerana masih mengingati kami, saya sangat menghargainya. :)




Selepas berbincang dengan my partner, Mommy Lyna, kami bersetuju untuk membuka booth untuk kali kedua, malah rasa teruja dan tak sabar pun ada. Saya akui, mungkin agak penat sedikit memandangkan dah hampir nak puasa, dan hari Sabtu, saya ada kelas Playgroup, hari Ahad juga, jadi masa saya memang agak tight sedikit tapi Insya Allah, Watie akan turut serta hari Jumaat ini dibantu oleh my assistant- Atfina. Hopefully semua berjalan lancar. Amin. Dah siap packing semua barang, berat giler oooo.. Hehehe..Di kesempatan ini juga, Watie nak jemput semua pembaca blog ini untuk hadir dan singgah ke booth kami nanti yer. Hari Jumaat lunch kan panjang sket, leh ah dtg sekejap cuci mata. Kali ni Watie bawa lebih byk buku, stimulation toys dan VCD Education. Little Reader package Watie tak bwk, sbb Watie perlukan masa utk explain bgmn the software dan hardware boleh membantu anak kita membaca dgn lebih cepat, so mmg kena buat appnt if nak tau pasal LR, kalau kat booth tak sempat nak citer sgt, tapi brochure ada lah, utk dapat sedikit gambaran mengenainya.

Di sini Watie sertakan maklumat tentang Charity Bazaar tu kay. Sesiapa yg berdekatan dgn KLCC tu, boleh ah dtg singgah, if ada apa-apa produk yang uols nak order dan nak ambik hari Jumaat ni, boleh jugak sms Watie @ 016-2033340, Insya Allah Watie akan bawak ke TTFC nanti, leh amik terus kat booth, jimat lah sket duit courier kan. hehehe..

Berikut adalah maklumat tentang Charity Baazar tersebut:


Date: 29th July 2011 (Friday)
Time: 9:00 am until 6:00 pm
Venue: Twin Towers Fitness Centre ( at Concourse level, nearby Tower 1 lobby) – opposite to Mesra Shoppe and CIMB Preferred
Market: All Petronas staff from both Tower 1 + Tower 2, public who comes to Suria KLCC, and staff from buildings around KLCC


Ok kengkawan, hope to meet uols this Friday kay! See you soon!




post signature


post signature

Sunday, 24 July 2011

DVD Recommendation: Mothergoose Club Nursery Rhyme

Dah lama Watie nak share about this DVD pada semua pembaca. Watie belikan Qarissa this VCD sempena birthday dia bulan 6 yang lalu. Tak sompek nak amik gambar DVD, dah selamat pun Qarissa keluarkan dari sarungnya, hadoi.. terus off nak amik gambar ..heheh.. sudahnya Watie kopipes jer lah gambar yg ada kat tenet dia tu utk tatapan anda semua. 
   
Actually, sebelum Watie beli DVD nih, Watie download the You Tube all the video yang ada. Kualiti dia oklah, so-so jer..nama pun You Tube kan .. yang penting my Q's enjoy the video. Masa tuh, takder kuar lagi DVDnya. Memang Watie harap sangat ada kuar DVD Mothergoose ni sebab memang enjoy anak2 Watie tengok, dengan mak-mak dia skali happy tgk..hehe..sayangnya masa tuh blum kuar lagi. 

Bila dapat tahu yang Team Mothergoose Club keluarkan DVD untuk rangkaian Nursery Rhyme, terus Watie belikan untuk Qarissa, kebetulan plak bday dia dah dekat, sesuai sgt lah belikan dia as her 3rd birthday present. Watie beli tru internet sebab kat Msia memang takde this video. Bila convert duit Msia, dalam RM 60 rasanya, tapi Watie beli guna Pay Pal so terus bayar pakai USD. Bila dah beli dan tgk, memang puas hati ah..kualiti dia bagus sgt .. color dia very bright and clear ..siap ada subtittle English lagi.. different sikit dengan You Tube version dan memang takder potong2 cam You Tube la.. memang best sgt .. puas hati okay! 

Apa yg bagus DVD nih? Watie suka sebab dia guna "orang betul", bukan kartun. Dan watak-watak yang ada tuh semuanya best dan very cheeky. Yang penting, the voice is very clear and precise. Penggunaan bahasa Inggeris yang baik dan semua Nursery Rhyme dia adalah lagu-lagu yang femes dan mudah di ingat oleh anak dan parents jugak. Memang DVD ni fokus on Nursery Rhyme sahaja. Dia ajar anak kita apa maksud "Rhyme" tu. Watie selalu bg advise & consultation pd Mommy betapa pentingnya Rhyme dalam mengajar anak kita sesuatu malah ia adalah permulaan awal utk anak kita membaca. Melalui nyanyian, adalah lebih mudah untuk anak kita menguasai sesuatu bahasa. Kalau kita yang yang dah tua ni pun, kalau selalu dgr lagu Jepun pun, mesti hafal dah kan? Heheh..samalah anak kita pun, cuma dorang lagi cepat dan advance dr kita lah kan ..:) 

All the action dan tarian serta aktiviti yang ada dalam DVD ni mudah untuk kita ingat dan ikut. Wati ingat lagi, kat umah my sis ada satu bekas siram bunga plastik, memang khas untuk kanak-kanak, mainan punya. Masa Watie mandikan Qarissa, dia ternampak this bekas, terus dia amik dan sing "Mary-Mary..%&^(( rary ...."  (hahaha.. aku dengar Mary pastu rary jer at the end ..), tapi lucky me sebab Watie tgk sama DVD tuh, so Watie tahu lagu apa yang Q nyanyi. Dia nyanyi lagu - Mary-Mary Quite Contrary. Dan memang dalam VCD tuh pun, the Mary tgh siram pokok bunga guna bekas plastik tu. Then terus Watie nyanyi sesama ngan Q. Mula2 memang tak hafal, jarang dgr kan ..tapi lama2, kita pun akan hafal juga Nursery Rhyme ni. Ramai parents yg bgtau Watie during Playgroup yang dorang tak hafal lagu Nursery Rhyme, hanya tahu sikit2 jer yg femes cam Twinkle Twinkle dan Baa- Baa Black Sheep..yang lain suma failed. Heheheh.. Memang lah ..kalau jarang nyanyi memang tak hafal, thats y Mommy kena korbankan telinga jugak..Nyanyi sesama dan cuba hafal lirik. Alah ..lagu cinta leh hafal .. lagu Stacy leh hafal .. cuba hafal lagu Nursery Rhyme ..sure boleh punya ..Ahaks!.

So, sesapa yang nak beli this DVD, memang watie recommend kan lah utk beli .. Puas hati. Mahal sikit tapi oklah sebab kat Msia susah nak dapat Nursery Rhyme yang kualitinya bagus. Maybe boleh beli as present, so taklah rasa mahal sgt ..Hehehhe.. Boleh klik kat website nih - http://www.mothergooseclub.com/store.php

Mothergoose Club DVD 

Harga dia USD 15 . Ada juga pakej2nya tapi Watie beli DVD sahaja. Ada juga banyak printables activities untuk Mommy print & play with anak-anak. Rajin2 google website tuh kay. Dari segi penghantaran, amik masa 2 minggu jer.:) Somethis, this Mothergoose Club Team ada buat promotion tru website & FB, so ada diskaun sikit, so bolehlah uols grab the ooportunity bila ada diskaun tuh ..:) 

Ok friends, selamat mendegar lagu2 dalam DVD ni kay ..:) See you soon...:) 


post signature

post signature

Friday, 1 July 2011

Kejutan Hari Lahir Yang Membuatkan Air Mata Aku Meleleh..!


Cop! Cop! B'day aku lagi 25 hari...So, jangan ucap dulu wokey. Hahaha.. Tapi disebabkan tergamam, terkejut, tak sangka, terharu dan segala macam TER lagi, aku dengan segeranya nak buat karangan dalam blog yg dah jadi tempat tempua nak bersarang ni. Hehehhee.. Kerana sangat terharu dan sebagai tanda terima kasih pd suami tercinta dan kenangan abadi dalam blog me & anak-anak ni. :) 

As uols can see, lama jugak aku tak update blog, jangan lah tanya kenapa, sebab jawapan dia sama jer .. bz sgt sampai takder masa nak update, idea banyak tapi satu pun tak terluah! Baru anak dua .. kalau anak 5 aku rasa silap2 satu perenggan jer aku tulis sebulan! Hahahhaa.. Tapi today aku tetap nak tulis kerana kejutan yang melampaui tahap imaginasi yang aku terima dari suami tersayang- siapa lagi kalau bukan cik Saiful Rizal kita. :) 

Aku memang tahu my hubby ni sgt romantik in his own way ..sejak dari bujang dulu, sejak kapel2 dulu, memang my hubby sgt romantik.. tapi bukan stok romantik melampau yg kita naik muak tuh ..ehehhee.. just nice and he touch my heart in his way yang aku rasa sgt dihargai dan rasa dia sgt memahami kehendak aku. Kehendak aku pulak bukanlah susah nak ditunaikan rasanya, siapa yang kenal aku, dan siapa yang selalu ikuti  perkembangan aku dalam blog dr dulu sampai sekarang mungkin boleh nampak yang aku bukan jenis materialistik atau suka pada benda2 mahal @ branded, emas atau permata. Aku sempoi jer .. kalau aku rasa barang tuh valuable, bagus, berkualiti dan sesuai dengan harga dan poket aku, aku beli, kalau semata-mata sebab brand, sorry its not me! I dont want to spent my hard earn money pada sesuatu jenama popular dan digilai untuk nampak "bagus" pd pandangan mata masyarakat.. :)  Ok dah hampir melalut..so get back on track..! :P

This afternoon, jiran aku ketuk pintu rumah lepas aku balik dari McDonalds utk belikan Q fries yang dia suka makan. Jiran aku bagi satu box dan aku tgk box tuh utk Saiful Rizal. Jiran aku kak Fairuz kata dia  nampak Posmen htr tapi aku takder umah so dia tolong amikkan. Aku nampak ada tulis Amazon.com. Birthday Q baru lepas so aku ingat maybe hubby belikan Q hadiah from oversea kot? Dalam hati aku sempat mengumpat plak tuh! Hahahha - "Amboi laki aku takmo kalah nak gak belikan hadiah from obersea utk anak? Ooo...nak tiru aku lah tu!!" Hahhahaa... (sebab aku pun belikan Q DVD from internet, susah nak dapat DVD Nursery Rhyme yg best dan bagus kat Msia, so kenalah beli kat tenet jer...nak share tapi tak sompek2, Q dah lenjan!) Dalam pada tuh, aku terpikir gak, ker aku yg beli tapi aku letak nama hubby yerk? Iskkk..apsal boleh lupa nih? Caittt..perasan jer!

Kotak misteri yang sampai di tangan aku! Hhehe..

Dalam pada blur2 tuh, aku dgn selambanya koyak sikit kotak tu, memang dah confirm lah hadiah Q kononnya, sebab aku nampak dia tulis Book kat kotak tu. Tak sabar aku nak tgk buku apa laki aku belikan utk Q. Dalam hati ngumpat lagi - "Pandai pulak laki aku nih pilihkan buku untuk anak? Selalu cakap ngan aku dia tak reti nak pilih buku? Hmmm..Buku apa nih???"  Bila aku koyak sikit, aku nampak buku tuh berbalut plastik lutsinar dan bewarna biru. Aku punya teruja nak tgk sampai tak perasan Amazon ada tulis tajuk buku dan ucapan kat kertas yang ditampal sekali dengan buku tu. Dan punyalah blur tahap dewa bercampur dengan otak kotor sebab nampak buku tuh color biru dan plain jer, aku terpikir plak - "Iskkkk..apa buku budak macam nih? Plain jer? Tak colorful pun? Alamak??? Entah-entah buku KAMASUTRA tak? Siap color biru nih ha? Mampus aku!!" Hahhahahahaha... Aku tau korang mesti gelak punya baca statement ni kan? Serius memang bila aku ingat balik pun aku gelak giler ... Apa ker bangak sangat otak aku nih sampai ke situ aku leh pikir? Hahhahahaha.. Hubby beli buku KAMASUTRA kat Amazon? Wakakakkaka...(gelak guling2...) Btw, Ada ker jual buku tuh kat Amazon? Wakakakakka...Bongok tahap dewa si Watie nih!

Blur tahap dewa sampai tak terbaca apa informasi kat buku tuh! Boleh aku ingat buku KAMASUTRA sebab dia biru dan tak menarik untuk kanak-kanak tgk, so tak mungkin buku ni utk Qarissa! Hahahaha..

Aku memang tak bukak plastik tu pun, memang nampak color biru jer, belakang buku tuh plak dorang tutup dengan kotak keras, so memang tak nampak. Aku dah  cuak dah time tuh, aku kata dalam hati, "Alamak!! Ni bukan buku anak nih, habislah aku bukak kotak nih tanpa izin hubby! Dahlah nama dia kat kotak tuh, suka2 hati jer aku bukak barang dia. Habislah aku!" Walaupun aku tahu hubby tak kesah sgt tapi aku tetaplah hormat privacy dia kan. Tak syoklah suka2 hati bukak barang dia. Adoii... mmg cuak ah time tu. tengah2 cuak tuh...aku ternampak kertas yang ditampal tuh...Aku terus baca dan aku bertambah-tambah TERKEJUT bila tgk tajuk dia dan ucapan yang diberikan tu! Macam-macam yg bermain kat fikiran aku - Happy giler, terharu, tak sangka, takut dan macam-macam lagi. Dalam hati aku kata, "Ya Allahhhhhhh! Ni bukan untuk anak ker?? Untuk aku ker sebenarnya??" Dan teruslah aku teringat yg dah masuk bulan July, so hubby mesti beli buku ni utk aku as birtday present!! Goshhhhh....habislah aku!!

Baru terhegeh2 nak baca apa yg tertulis kat atas buku tuh lepas tak nampak buku tuh tajuk apa sebab dah tertutup dengan lapisan kotak. Mesej tuh yg paling aku terharu - To My SOULMATE, YOU are OUR Inspiration! From: Daddy/Qarissa/Quzayra. 

Terus aku call hubby dan buat-buat tanya. Hihihhihi... Hubby terus kata, "Tu barang I! Jangan bukak!!!!" Dan aku terus tergelak sambil bg ayat cover line, "Errrr.... kotak dia dah basah sikit yang, I dah koyak kan ..I ingat hadiah U untuk anak .. errrr... errr... heeehehehe.." Pastu aku terus tergelak-gelak ...dan hubby pun sama-sama gelak sebab dia dah tau suprised dia utk aku dah tak suprised lagi ... BUT actually ia sememangnya satu SUPRISED yg sangat-sangat menjadi dan sukar dilupakan! Apatah lagi bila mendapat sesuatu yg sudah lama kita cari seluruh KL dan tak jumpa, kemudian kita dapat pulak benda tuh sebagai hadiah dari insan yang paling disayangi dan terdekat dalam hidup dan hati kita. Serius aku terus jadi speechless dan meleleh gak lah air mata bila mengenangkan betapa sang suami ini sentiasa cuba memenuhi kehendak hati aku yang kadangkala 'keras dan degil'. Kalau nak satu barang tuh, selagi boleh nak dapatkan, walaupun boleh jer beli kat internet, tapi tetap jugak nak pegang, nak rasa, nak sentuh dulu sebelum beli. Hahahha... nama pun pompuan kan? 

Mesti korang pelik, buku apalah si Watie nih nak sangat sampai terkejut beruk & suka sangat tetiba buku tuh dah ada depan mata? Hahahhaa..ni lah bukunya, dan kalau korang jadi aku pun, korang akan suka sgt bila dapat genggam buku ni, cam genggam satu kejayaan korang tau tak? Sebabnya, aku dah mencari buku nih sangaaattt lama.aaa..sampai aku call si Mommy Lyna tuh, tanya kat mana nak dapat, dia kata kat Kinokuniya ada jual hard cover, tapi aku tak berkesempatan nak ke sana langsung, so aku tak tahu ada ke tidak buku tuh bila aku pergi, tapi, SETIAP KALI aku keluar ke shopping mall yang ada kedai buku, mulut aku tak sudah2 sebut tajuk buku nih kat Customer Service dia, dengan harapan ada jual tapi malangnya, langsung takder. Yang ada cuma cassete sahaja, tu pun takder stok. Frust btol aku tau. Hanya suami jer yang paham betapa isteri dia nih tak putus asa mencari buku ni sebab dia yang selalu temankan dan tolong tanyakan. Sungguh aku tak sangka, hubby tersayang ambil inisiatif untuk memenuhi kehendak hati aku dengan membelikannya sebagai hadiah ulang tahun kelahiran aku yg ke 31. Sedih & terharu dan dalam masa yang sama, aku rasa INILAH HADIAH HARI LAHIR TERBAIK pernah aku terima. :) 

Buku yang aku cari-cari selama ini. Betapa hebatnya rasa bilaa dapat pegang dan baca buku nih!:) Hard Cover summore, and Zayra kata Uncle ni encem!:)

Terima kasih sayang, from the bottom of my heart, terima kasih kerana sering memahami isteri you, dan sering cuba untuk menggembirakan I. You tahu betapa sukanya I dapat hadiah buku nih dari U, thanks a lot. I masih ingat U belikan I buku SODOKU, Brain Teaser dan penanda buku berlampu masa I preggykan Zayra, so that I boleh baca buku tgh malam dan buat aktiviti SUDOKU tu dalam gelap. U really know how to tackle me, how to make me happy and you know that its not the expensive gifts that I want, all I want is your love, your concern and the small little things that you care about especially my feelings. :) I am so grateful to have you as my husband...:) Thank you dear...:) I love you more and more each day ..:) Dan I akhiri entry ni dengan tagline yg biasa I cakap kat U - yang kini hangat diperkatakan kat FB Wall I (Wakakakak..sabar jer haku!) - "Muahhhhsss kat semua tempat!!!" 


* Walaupun aku baru jer start baca buku ni tadi, I strongly suggest sesiapa yang dahagakan motivasi dan rasa life dia upside down to read and see his video on You Tube, sangat menginspirasikan dan bermotivasi! Dan bagi ibu-ibu yang ada FAMEKids, bolehlah jadikan bahan bacaan untuk kita lebih tabah menempuhi hari2 yang mendatang bersama anak tersayang. Bukan itu sahaja, bagi ibu yang ada anak yang fizikal OKU like Zayra atau Fahry, buku ini sememangnya istimewa untuk mereka baca bila besar nanti. :) 

post signature
post signature